JODOH ITU RAHSIA TUHAN

ASSAMUALAIKUM. HAI

tolong jangan salah faham dulu tentang gambar diatas. tiba tiba saya terfikir siapa jodoh saya? awak k? awak k? harap-2 lah awak. hari ni saya dapat soalan cupu emas. nak tahu ta pe? YAKIN KE DIA JODOH SAYA? diam tak tahu nak jawab pe bila soalan macam tu diaju kan. fikir sejenak tentang soalan tu. agak-2 betol ke DIA jodoh saya? betol ke DIA yang Allah takdir kan untuk saya? betol ke semua ni? GRRRRR
tapi dalam hati masa tu fikir belom tiba masa aku untuk kahwin lah. aku muda lagi. dia muda lagi. sekolah pun belom habis. kami masih budak-2. ya saya tahu itu.

tapi andai saja tika soalan itu ditanya dan saya berusia 20-an saya akan jawab " insyaallah DIA jodoh saya" tapi sayang soalan itu ditanya tika saya berumur 16 tahun. dan saya harap nanti tika saya 20-an nanti bila soalan itu ditanya kembali saya dengan yakin akan jawab " Insyaallah DIA jodoh saya"

awak sila lihat gambar ni. betapa besar harapan saya untuk terus bersama awak. untuk temani hari-2 awak. untuk sama-2 dengan awak. tapi kalau nanti memang saya bukan dengan awak. dan awak bukan untuk saya. takpe saya takan salah kan takdir. saya takan salah kan awak. saya takan salah kan sesiapa. insyaallah saya boleh terima apa yang akan terjadi nanti. tapi saya harap saya akan selalu dengan awak. saya akan bersyukur sebab saya dapat kenal awak. saya dapat rasa bahagia bila orang ambil berat pasal saya. saya dapat rasa macam mana bahagia nya saya bila dengan awak. dan saya harap nanti mimpi-2 saya akan jadi kenyataan.awak saya mintak maaf kalau post ini buat awak terasa tapi tu bukan niat saya. dan DIA yang saya maksud kan atas tadi tu awak. 





ASSALAMUALAIKUM. HAI

tiba-2 hari ni hati rasa kurang gembira. hari ni birthday dia. saya ingat hari ni birthday awak, sebab bangun pagi tadi saya lihat di fone saya. memang kita dah lama tade apa-2 hubungan. kekasih? jauh sekali apatah lagi KAWAN. tiba-2 juga hari ni saya rasa macam saya banyak ganggu hidup awak. bukan cuma awak, tapi mungkin juga hidup semua orang yang disekeliling saya sekarang. rasa hari ni teringin balik nak buka luka yang dah bertahun kat hati ni. rasa nya tak salah kan kalau ingat balik kenangan lama yang mungkin boleh merubah hidup kita pada hari ni agar menjadi lebih baik. kawan saya titip kan awak untuk saya supaya saya dapat jaga awak, supaya saya dapat bahagia kan hidup awak, tapi saya jahat kan. tepat pada birthday saya dua tahun lepas saya mintak putus dengan awak. dan saya tak tahu tiba-2 awal tahu ni kita dapat berhubung balik. sedang kan apa yang saya tahu, awak dah bencikan saya. dah! buat apa saya nak bercerita dan ingat balik semua cerita cinta yang tidak pernah wujud dalam hati saya, mungkin juga tidak pernah wujud dalam hati awak.



status saya pada 21december ni bukan saya tujukan untuk awak. dan AWAK yang dalam status saya ni bukan dia, tapi semua orang yang ada disekeliling saya. rasanya sudah cukup kot saya perlu ganggu hidup orang. saya takank dilebel kan sebagai perampas atau penganggu hidup orang. saya mintak MAAF. mulai sekarang saya hanya akan ada untuk orang yang perlukan saya. dan saya harap orang tu ada bila saya perlu kan dia. ada bila saya perlukan bahu untuk saya basah kan. dan untuk orang yang dah rasa macam tak kenal saya lagi saya mintak MAAF, saya memang tak pernah berubah. saya masih lagi ALIA.

NOTE: MAAF KALAU POST NI ADA YNAG BUAT ORANG TERASA.
TU BUKAN NIAT SAYA. PAST IS PAST.
SAYA SAYANG AWAK H

TAHUN DEPAN 2012

ASSAMUALAIKUM. HAI

cuba tengok title, amboi awal nya saya update pasal next year, 2012. saya bukan gelojoh act saya tengah bosan, teramat bosan. dengan hinguss yang meleleh ni ^^ saya menaip satu post yang gelojoh >.< awak, saya demam, saya batuk. #mengadu sikit. saya ta tahu nak buat apa, texting? buah hati saya dah tidur lah. zzZZz. saya dah makan ubat, doktor cakap lepas makan ubat rasa mengantuk, tapi tapun. doktor ni tipu aku agak nya  >.< okay dah mengarot T.T tahun depan saya dah akhir sekolah, maksud saya tahun depan saya form5. wooowwwoooo. caye ta? caye ta? tahun depan saya SPM. buuuuuuuuuuu. okay saya ta suka exam :D saya langsung tidak buat apa-2 persiapan untuk masuk sekolah nanti. saya serious ni dan ni bukan lawak. homework yang cikgu bagi juga belom saya siap kan :/  okay cuti sekolah dah nak habis. buuuuu ta suka! tahun depan saya SPM, sumpah sekarang saya dah rasa excited nak tamat kan zaman persekolah saya ni. lepas habis SPM saya nak kahwin.# gurau :D okay saya ta sabar nak tunggu hari first sekolah sebab masa tu best dapat tengok beg baru, kasut baru, baju baru. HAHA. macam-2 lah baru. tapi buah hati tetap yang lama :D tahun depan saya senior kat sekolah. HAHAHA

kawan-2 sila gelak bila tengok gambar ni. nerd kan saya o.O
ni gambar lama lah, tade lah lama sangat.

sambung balik cerita bosan saya ni, saya rindu kawan-2 saya. saya rindu scandal saya. scandal? eah manade! saya rindu sekolah saya. saya rindu nak lepak kat kantin. saya rindu nak makuk makmal. saya rindu nak minum ais kat kantin sekolah.tapi sumpah saya ta rindu nak study, hikhik. saya rindu nak tengok haiqal kat sekolah saya! saya rindu semua lah! ^^

tutup cerita pasal sekolah.

sekarang nak cerita pasal azam tahun baru saya pulak ni. btw azam saya tahun ni pun belum kesampaian. dah lupa apa agak nya azam saya tahun ini. tahun depan saya nak study betol-2. saya da tanak ponteng-2 ni. kawan-2 tolong jangan hasut saya HAHA. tolong doakan saya sebab tahun depan saya nak SPM :) kbai kawan-2 :* btw facebook dah ubah timeline, saya ta reti nak pakai :D